Sunday, July 19, 2020

Permulaan projek kabin Eden Kampung Pulau Acheh






Satu keputusan telah diambil dan dibincang bersama keluarga untuk menaikkan kabin dan menanam semula durian tanah pulau acheh bersebelahan dgn kampung Relong.
Fasa 1 pembersihan
fasa 2 naikkan kabin
Fasa 3 sepatutnya buat pagar tergendala disebabkan budget lari
Terus tanam pokok2 durian dan buahan setakat termampu.. bulan 3 mula pkp disebabkan covid 19... projek tergendala 3 bulan..

Thursday, October 18, 2018

Persiapan memancing-peralatan yg perlu ada

Persiapan memancing
Lain padang lain belalang memancing pun sama.
Persiapan peralatan memancing berbeza dari segi saiz reel , kekuatan rod , perambut , batu ladung dan lain2.
Oleh yg demikian sebagai pemancing perlu ada beberapa batang pancing dan saiz reel dalam simpanan mengikut kawasan yg mana menjadi destinasi memancing.
Diantaranya kolam, muara, pantai, selat dan laut dalam.
Peralatan muara tak digalakkan bawa ke laut dalam melainkan untuk sessi ringan atau memancing ikan2 kecil. Itupun disarankan membawa saiz reel 5000 keatas begitu juga sebaliknya . Jangan la bawa rod dan reel laut dalam untuk memancing di muara, berat sangat nanti sehingga ikan makan pun kita tak perasan sebab rod keras .
Antara yg perlu ada untuk memancing laut dalam adalah seperti berikut
1. Reel saiz 5000 keatas. Untuk laut dalam mesti ada mesin drum 2 speed saiz 20 keatas...mesin electric sudah menjadi kebiasaan sekarang bila memancing di kedalaman lebih dari 40m. Saiz 3000 keatas adalah disarankan utk shimano manakala daiwa saiz 500 keatas.
Bersambung di post akan datang....

Wednesday, October 17, 2018

Cakrawala 2-5 Ogos 2018

Trip yg dah lama rancang dari tahun 2017 akhirnya berjaya.
Bertolak dari kl yg dirancang pukul 9.00 malam akhirnya pukul 11.00 malam juga baru bergerak...susah betul kumpulkan kawan yg tak reti tengok jam ni..jln konvoi 3 kereta santai2 berhenti mkn minum akhirnya pukul 8.00 pagi baru sampai di jeti pengkalan kubur...bot sudah sedia menanti namun 2 kereta masih belum tiba terpisah masa berhenti solat subuh..pukul 10 pagi baru semuanya selesai memunggah barang keperluan utk trip ini...
2 hari bergolek golek atas bot sebab ombak agak besar cuma hari ke3 laut mula reda dan bermulalah episod letak mkn letak mkn...penuh tong....alhamdulillah petang terus balik ke jeti balik awal.
Nasihat utk kawan2 yg nak turun masa akan datang utk menotok.
1.mesin heavy kalau boleh mesin elektrik.
2.batu ladung saiz 650g, 750g & 1kg kena bawa sbb ada masa arus laju
3.mata saiz 5 keatas
4. Apollo saiz 8,10, 12, jgn lupa bawa.
5. Steel wire
6.perambut min 80lb
7.jig lumiglo...murah2 pun ok untuk layan cupak
8.rod heavy pe 6 keatas....ada kes rod patah di buli monster....huhu






Tuesday, October 16, 2018

Kemaman 6&7 october 2018

Kemaman lagi...
Kenapa kemaman?
Macam2 ada...sotong , ikan grade A, tekong yg semakin terkenal dan bot yg selesa
Kali ni dgn group campur2...
Ada yg last minit tak dpt ikut serta.
Hasil yg memuaskan walaupun di lambung ombak dan hujan...
2 ahli kecundang...mabuk
Sotong kurang mungkin sebab bulan gelap, arus pagi baru ada berjaya menaikkan ikan gred A idaman semua....
Terima kasih semua yg menjayakan trip ini dan tidak lupa kepada tekong Ayh kmn dan awak2nya Mas..
Jumpa lagi ditahun hadapan insyaallah.







Kemaman 8&9 September 2018

Bersama tekong ayh kmn dan geng2 fish on. Sotong kurang arus laju menyebabkan umpan killer iaitu sotong hidup juga kurang la...
Tekong cuba sedaya upaya untuk pemancing dapat menaikkan hasil...
Alhamdulillah ada juga hasil yg manis2...strawberry kmn yg menjadi target utama berjaya dinaikkan.
Terima kasih kepada semua pemancing dan tekong hebat Ayh kmn diatas kejayaan trip ini...





Sunday, December 13, 2015

Kenangan kolam pancing sentul

Kolam pancing sentul banyak mengamit kenangan..mungkin sebab dekat dengan rumah sebab tu lah aku selalu ada disana memancing...asal ada kelapangan mesti mengolam. Disinilah aku belajar kaedah casting udang kopek untuk memancing siakap
. memang syiok bila gunakan reel saiz yg kecil & rod halus 4lb - 8 lb atau 6lb- 15lb.
Mengajar kita cara melayan asakan ikan yg bersaiz 2 -4 kg...



Thursday, December 10, 2015

Memancing di Zee zone

Memancing  di zeezone port kelang memang menjadi salah satu kemestian kaki2 pancing sekitar kuala lumpur & selangor.

Antara tekong yg selalu membawa pemancing memburu ikan  idaman seperti tekong hamzan, tekong js, tekong din jawa & lain2
Umpan paling efektif adalah sotong kurita, tamban hidup & selar hidup..udang hidup & udang lipan juga boleh digunakan....
Aktiviti jigging semakin mendapat tempat pemancing pemancing baru